24 October 2010

TWD Is looking for Talented Wedding Photographer

sapa yang photographer tu boleh lah kirenye kalau korang rajin nak join TWD ni..aku tolong war2 kan jer...cheers

ANDA TIDAK AKAN RUGI APA2 PUN KALAU MENCUBA. KALAU DAPAT, BOLEH BUAT EXTRA INCOME, KALAU TAKDER JOB, ANDA BOLEH TERUSKAN KEHIDUPAN ANDA. KALAU ADA JOB, DAPAT DUIT LEBIH...



DONT'S please read

Sudi lah kiranya jika photographer yang ingin menyertai TWD ( www.theweddingdiaries.com ) sebagai photographer ini dapat mengemail gambar. Jangan bagi saya link to FB atau website lain kerana :-

Dari situ saya boleh menilai tahap serius seseorang itu mahu menyertai TWD sebagai Photographer.

Tujuan saya meminta sekurang2nya 30 keping gambar yang di emailkan kepada saya ialah kerana saya ingin lihat tahap pemilihan dan penilaian seorang photographer itu terhadapat gambar yang di ambil.

Kemudian, jika photographer itu terpilih, gambar2 yang di email itu, akan di letakkan dalam website TWD untuk mempromosi kan photographer tersebut.

Oleh itu, agak sukar kalau saya ingin muat turun gambar2 dari link link yang di berikan oleh photographer.

_______________________________________________________________________________________________________________
The Wedding Diaries TEAM atau lebih di kenali sebagai TWD sedang mencari wedding photographer yang berkebolehan (talented) untuk bersama dengan team kami.



Tawaran ini di buka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai kebolehan dalam merakam gambar2 perkahwinan dengan mempunyai gaya yang tersendiri. Konsep yang ingin di bawa oleh TWD kali ini agak berbeza dengan syarikat photography yang lain di mana, photographer yang bekerja dengan TWD tidak perlu datang ke Kuala Lumpur sebaliknya, kami akan memberikan "job" wedding kepada anda baik di Semenanjung Malaysia atau pun di Sabah atau Sarawak dan juga di Brunei dan Singapura. Saya menamakan konsep ini "Wired Wedding Photographer".

Sesiapa sahaja boleh "apply" part time, full time, hobbyist, journalis, yang bekerja, tak bekerja, tua, muda, lelaki, perempuan dsb.



Sesuai untuk mereka yang ingin mencari duit poket lebih....



akan tetapi, pemilihan akan di buat berdasarkan gambar2 yang di email yang mempunyai citarasa tersendiri dan di pilih oleh saya sendiri.



Pada mereka yang terpilih akan termasuk dalam golongan photographer ELIT TWD



Syaratnya:-

1. Pada mereka yang mempunyai kebolehan dalam merakam gambar-gambar wedding di persilakan untuk menghantar portfolio sebanyak 20-30 keping gambar dengan tajuk email "FOLIO WEDDING TWD" kepada saya di alamat email arinaziz(at)gmail.com. Seelok2nya, gambar2 itu di ZIP kan dan saiznya cukup sekadar 600px lebar @ 400 px tinggi

Silanyatakan butiran-butiran seperti di bawah



i. Nama penuh

ii Alamat

iii. Pekerjaan

iv Berapa Lama bergiat dalam bidang photography

v. Part time OR Full time photographer

vi website/blog/dll

vii. Umur

viii. Size baju

ix. No telefon (HP)

x. Email

xi dan juga jangan lupa sertakan 20-30 keping gambar2 wedding yang terbaik.. campur (events dan outdoor)

2. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia

3. Sekurang2nya, seorang wakil bagi setiap negeri akan di pilih.

4. Photographer yang terpilih nanti tidak perlu datang ke Kuala Lumpur dan sebaliknya "job wedding" akan datang kepada anda



5. Jika mereka (yang berada luar dari KL) ingin datang ke KL untuk membuat "job wedding" di persilakan.

4. Photographer harus memiliki sekurang2nya, 1 camera DSLR, 1 Telephoto Lens, 1 wide angle dan 1 50mm

5. Photographer2 yang terpilih nanti akan di berikan sub domain di alamat wedding diaries sebagai contoh http://ahmad.wiredweddingphotographer.com/

6. Photographer yang terpilih juga akan di berikan "namecard TWD"



Caranya:-

1. TWD akan memberikan "job" wedding di setiap negeri ( jika ada, Insyallah)

1. Photographer2 yang terpilih nanti hanya perlu menghantar gambar2 dalam bentuk CD/DVD ke alamat yang akan di berikan kelak.

2. Penghantaran CD/DVD perlu di buat menggunakan Post Laju/Nationwide Express dan sewaktu dengannya (jangan gunakan pos biasa bagi mengelakkan kehilangan)

3. pembayaran akan di buat melalui Maybank2u.com.my

4. Upah bagi photographer akan di beritahu semasa permohonan di email nanti.

5. Pada mereka yang terpilih nanti akan di berikan t Shirt TWD berwarna hitam untuk di guna pakai semasa mengambil gambar wedding nanti.







Tujuan saya mewujudkan konsep ini ialah untuk memberikan servis foto perkahwinan yang kos efisyen kepada mereka yang duduk jauh dari kuala lumpur untuk mendapat service dari The Wedding Diaries.



Konsep ini dapat mengurangkan kos dari segi perbelanjaan perjalanan dan juga tempat tinggal kepada client. Oleh yang demikian, harga pakej dapat di kurangkan.



Photographer hanya perlu mengmbil gambar dan membuat pemilihan gambar dan burn kan gambar2 dalam CD/DVD dan pos kan kepada saya..



Selebihnya, saya akan uruskan dari sini.



Saya akan cuba mencari sekurang2nya 2 photographer atau tidak lebih 4-5 photographer di setiap negeri.



Photographer dan di pilih tidak terikat dengan TWD dimana, TWD tidak akan membayar gaji tetap akan tetapi membayar upah mengambil gambar dengan harga yang setimpal.



Akan tetapi, photographer yang di pilih akan di kenakan syarat2 tertentu.



Photographer yang terpilih akan di berikan Kemeja T The Wedding Diaries dan Kad Nama The Wedding Diaries secara percuma.



Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk menyertai TWD



Tidak ada sesi interview



Cuma hanyar gambar melalui email bertujuan mempermudahkan saya untuk membuat pemilihan dan gambar2 tersebut akan di gunakan untuk membuat galeri di Website TWD

Antara syaratnya ialah:-



1. Photographer harus mematuhi etika ketika mengambil gambar kahwin setiap kali menyarung baju TWD dan juga mengambil gambar bagi pihak TWD



2. PHotographer harus memakai baju TWD di setiap kerja yang di berikan atas nama TWD



3. Jika ada rakan2 client yang meminta kad nama, harus di berikan kad nama dari TWD ( kad nama akan di berikan jika terpilih)



4. Jika pihak TWD di maklumkan bahawa photographer yang menjalankan tugas atas nama TWD telah menyeleweng ( memberi kartu nama sendiri atau membuat urusan niaga dengan client TWD dengan tujuan untuk mengambil client TWD) serta merta photographer itu akan di singkir dan perkara itu akan di maklumkan kepada photographer yang lain.



5. PHotographer2 yang terpilih, gambar dan folionya akan di muatkan dalam website TWD. Tujuannya ialah untuk mempermudahkan client untuk melihat portfolio photographer tersebut.



6. Photographer hanya akan di tugaskan di kawasan yang beradius 50-80km dari rumah photographer.



7. Jika photographer tersebut secara rela hati untuk bertugas utk TWD di luar kawasan yang di tetapkan, kos penginapan dan perjalanan tidak akan di sediakan, sebaliknya;



8. Jika Photographer itu di tugaskan di luar kawasan yang telah di tetapkan, kos penginapan dan perjalanan akan di sediakan oleh pihak TWD



9. Job akan di berikan kepada photographer berdasarkan availability photographer tersebut.



10. Walaupun, anda terpilih untuk mewakili pihak TWD sebagai Photographer, anda ada masih boleh mengambil job sendiri, dan jika tarikh tugasan yang di berikan itu jatuh pada tarikh yang sama ( overlap) , tugasan tersebut akan di berikan kepada photographer seterusnya.



Syarat2 ini akan di di cetak dan di poskan kepada photographer yang terpilih dan harus di kembalikan salinanya kepada pihak TWD dengan tanda tangan photographer sendiri.



Sekian
Harap Maklum
Syahrin Abdul Aziz
TWD
The Wedding Diaries

No comments:

Post a Comment