11 April 2009

BACA LAH WAHAI UMAT ISLAM

Bila saya membaca kisah ini ada beberapa perkara yang saya fikirkan:-

1- Sikap orang melayu yang rata2 sekarang ini suka lepak dan makan diluar dan memilih restoran ber'prestig' spt starbuck yahudi, kopitiam cina , tehtarik mamak dan mungkin sikit masa lagi ada tempat lepak melayu berasaskan tongkat ali. Maklum orang melayu ni dah sinonim sebagai bangsa yg suka ber'tongkat' iaitu mengharap subsidi untuk mencari peluang pendapatan dan mengharap ajen penguat membantu kesihatan fizikal mereka. agaknya orang melayu ni memang lemah segala-galanya.

2-Kurangnya pengetahuan orang melayu dalam bab agama. Ini bukan menghina tetapi realiti.Mungkin kerana sibuk mencari pendapatan dan harta dunia , tidak ada masa lagi terluang untuk mentaddabur al-qur'an. Jangan kata nak mentaddabur (mengahyati makna dan mengamalkan) malah nak baca pun dianggap 'buang masa'. Ada yg kata rezeki tak akan turun dari lagit kalau tak usaha , memang betul. Sebab itu kita kena usaha supaya ada masa membaca al-qur'an dan memahami makna. Di dalam al-qur'an sudah sarat dengan panduan. Sudah dijelaskan bahawa orang kafir itu musuh yg nyata sebaik manapun mereka. Orang Islam wajib berlaku adil kpd semua bangsa tetapi bukan menjadikan mereka (kafir) sebagai rakan (atau rakan kongsi) dengan mengetepikan sesama muslim.

3- Selagi umat Islam tak kembali kepada agama mereka jangan haraplah kita akan berjaya dunia dan akhirat. Mungkin di dunia kita berjaya menjadi orang korporat yang tersenarai antara yg terkaya, ttp hakikatnya kita kan tinggalkan semuanya tanpa hasil/bekalan akhirat. Cakap senang orang kata, tetapi selagi kita tak beramal dengan ilmu agama selagi itu kita tak akan dapat merasakan kemanisan iman dan kemanisan memiliki Islam sebagai agama.

4- Setiap hari orang islam yang bersolat akan membaca al-fatihah , yg di dalamnya ada kalimah 'maliki yaumiddin' maknanya 'Yg memiliki (raja) hari agama' biasanya diterjemah kan sebagai -yang memiliki hari pembalasan. Ustaz Muzakir,guru yg mengajar saya terjemahan harfiah mengulas, kenapa disebut 'yaumu din'. Al yaum maknanya hari. Din maknanya agama. Kenapa disebut hari agama? Kerana pada hari itu (kiatat) setiap orang akan membawa agamanya mengadap Allah (yg memiliki atau Raja pada hari tersebut). Orang kafir dengan agamanya dan masing2 akan berhujjah dengan hujjah agama masing2 Kita sebagai orang Islam wajib bersyukur kerana ada ayat al-qur'an surah ali imran ayat19 bermaksud " sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam. Jadi kita bertemu Allah kelak tak lah malu.

Surah al-baqarah ayat 132 Allah mengingatkan kita yg maksudnya " ... sesungguhnya Allah telah pilih agama ini bagimu, janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan memeluk agama Islam.

4- Masih belum terlambat bagi kita untuk buat u-turn. Kembalilah kepada panduan agama. Sama ada dalam bidang apa kita usahakan rezeki kita, insyaAllah Allah akan bantu membuka pintu2 rezeki dari sumber yang kita tak tahu.

5- E white coffee tu halal ker bahan2nya. Saya pernah ke pusat jualan white coffee di jalan Bagan Jermal ,Penang. Lupa nama tempatnya tetapi menjadi tumpuan orang/pelancong. Saya tak beli cuma temankan keluarga dari Jeddah. Saya tengok tak ada tanda halal tp pekerja cina pandai ckp arab (mengira). Semua tanda harga dan maklumat didinding di tulis dalam bahsa Arab. Orang arab ni pun ingat semua tu halalan toyyiban.. memang halal sebab ini kopi bukan khinzir kan? saya rasa sikit kopi ni , sedap juga tp berlemak/berkrim itu yg buat saya tak beli. Bimbang ada bahan lemak yg meragukan.. Kakak saya pernah juga buat inspection (jabatan buruh) di salah sebuah pengusaha white coffee, katanya kotor , orang myammar yg kerja. Jadi fikirlah nak makan di mana... apa yg nak dimakan. Minum air sejuk lebih baik dari makan yg syubhah.
------------------------------

------
Tiada hari tanpa al-qur'an
Memacu minda ummah
Khazanah al-qur'an
Resipi ala kadar

No comments:

Post a Comment